|
Antara Singapura dan Cita-cita Penjajah
Minggu, 16 Mei 2010, 11:22:46 WIB
Oleh: Mohamed Effendy bin Abd. Hamid
Baru-baru ini saya membaca laporan bahawa Singapura memudaratkan alam semula jadi Kemboja dengan aktiviti penjualan pasir. Laporan itu mengatakan bahawa sejak memisahkan diri dari Malaysia pada tahun 1965, Singapura telah menjadi salah satu negara terkaya di dunia, dan telah meningkatkan saiz sebesar 22%, atau 130 kilometer persegi (50 batu).
Negara itu juga merancang untuk memperluaskan daerahnya lagi kepada setidaknya 50 kilometer persegi (20 batu). Ini telah membuat Singapura salah satu daripada pengimport terbesar pasir di dunia dan. Setelah Indonesia, Malaysia dan Vietnam menghadkan atau melarang eksport pasir kerana kesan teruk kepada alam semula jadi mereka, Singapura bergantung kepada Kemboja untuk pasirnya.
Here is the link.
Pembangunan Singapura memang pesat sekali. Walaupun kecil, pulau itu berlagak dan berfikiran seperti negara “First World” yang besar. Tetapi yang menarik perhatian saya adalah ini mendedahkan sebuah fakta bahawa negara itu sangat bergantung kepada negeri lain di Asia Tenggara daripada sumber air dan makanan daripada Malaysia (walaupun Singapura telah membangunkan sistem memproses air yang tersendiri (recycled water) ia masih bergantung kepada Malaysia), sumber gas dari Indonesia dan sekarang pula pasir dari Kemboja.
Yang menjadi masalah adalah apabila terlalu banyak pasir dibeli oleh Singapura. Walaupun begitu Singapura kaya dan sanggup membayar dan negeri lain sanggup menjual. Sebuah negara “First World” juga mempunyai harta seperti negeri sedemikian.
Pembangunan fisikal dari segi “size” amat terbatas. Walaupun begitu Pemerintah Singapura akan cuba membesarkan pulau itu pada masa hadapan. Jumlah warga-negaranya akan bertambah, lebih banyak industri akan dibangunkan dengan pemulihan ekonomi dunia yang semakin rancak. Dan masalah sama akan dihadapi lagi dengan pembangunan Singapura selanjutnya.
“Kenapa Singapura macam “parasite” begitu?” saya terperanjat dengan pertanyaan kawan saya itu dan bertanya dia mengapa dia berkata begitu?
Seperti “parasite” katanya ia menggunakan dan memperolehi daripada host yang dijangkiti sumber untuk hidup. Bergantung pada jenis parasit, ada yang memerlukan darah, dan ada juga yang tinggal di dalam perut si mangsa.
Kadang kala katanya, parasit itu memudaratkan kesihatan badan yang ditumpangnya dan akan terus menjadi mengalami kesakitan seperti demam, muntah-muntahan dan juga boleh membawa kematian!
Saya berketawa dengan analogi yang digunakannya tetapi ia membuatkan saya berfikir sebentar tentang sejarah. Kalau Singapura seperti parasit, apakah proses yang menjadikan pulau itu berkelakuan seperti itu? Saya menggeledah pengetahuan saya tentang sejarah Singapura. Rupa-rupanya Singapura pernah mengalami sebuah penyakit yang dijangkitinya dalam tahun 1819 apabila pihak British menjajah (atau membeli pulau itu).
Penyakit itu adalah penyakit kolonialisma. Membaca terus sumber-sumber yang ada saya menjadi prihatin dengan cara Singapura menjadi sebuah koloni British dengan cara yang tidak beretika (ethical). Menumpukan perhatian kepada penelitian saya tentang perbalahan antara pihak British dan Belanda, sumber-sumber Belanda mengatakan bahawa Sir Stamford Raffles (founder of Singapore) telah melanggar tiga perjanjian antarabangsa, memanipulasi dan mengolok-olokan sistem tradisional kerajaan dan legitimasi politik Melayu dengan pemilihan seorang Sultan yang senang dipergunakan oleh British untuk mendapatkan Singapura.
Fakta sejarah ini yang membuat saya berfikir panjang lagi-lagi dengan peranan British dalam pembangunan watak Singapura yang boleh disifatkan sebagai hampir sama dengan mentaliti penjajah British dahulu iaitu “Tidak peduli dengan etika asalkan kita mendapat keuntungan. Tidak takut kepada sesiapun kerana kita lebih pandai dan lebih berkuasa. Siapa mahu mencabar kita?”
Mungkin Singapura meneruskan ciri-ciri penjajah British yang sudah lama kehilangan kuasanya di pentas dunia.
Penulis adalah warganegara Singapura dan mahasiswa jurusan sejarah di University of Hawaii at Manoa, Hawaii. []
Baca juga: |