HOME | E-PAPER RAKYAT MERDEKA | NUSANTARA | INTERNASIONAL | RMBLITZ | RMEXPOSE | TENTANG KAMI | INDEKS
Jumat, 30/07/10, 19:03
POLISI TABRAK LARI
Mabes Polri: Tabrak Lari karena Panik
Jumat, 30/07/10, 18:50
BOM TABUNG GAS
JK: Jangan Salahkan Konversinya
Jumat, 30/07/10, 18:26
Demokrat: Ibas Bolos karena Tugas Partai
Jumat, 30/07/10, 18:22
REKENING GENDUT POLRI
Polri Tantang Denny Indrayana
Jumat, 30/07/10, 18:14
Tak Diakomodir Badrul Kamal, Arus Bawah Demokrat Hengkang ke Kubu Yuyun
Menurut Anda, bagaimana proses pemilihan Gubernur BI Darmin Nasution sejak dari uji kepatutan dan kelayakan di Komisi XI sampai pada Rapat Paripurna DPR?
Elegan
Tidak elegan
Ragu-ragu
  Polling Yang Lalu
  Jusuf Kalla, Ogah Terjun Ke Politik Pemilu 2014 Lebih Penting Mengurusi Sosial
  Proyek BKT Amburadul, Jiwa Warga Terancam
  Harga Beras Naik Ibu Rumah Tangga Panik
  Festival Indonesia 2010 Digelar Di Kota Plzen, Ceko
  Wapres Boediono Masukkan ke Hati Berita Rakyat Merdeka
Antara Singapura dan Cita-cita Penjajah

Raja Melayu Mana yang Kini Sebanding dengan Raja Eropah
Senin, 01 Maret 2010, 09:44:30 WIB


Oleh: Moh. Effendy bin Abdul Hamid

BARU-BARU ini saya terbaca makalah yang berjudul The Transfer of Western Military Technology to Vietnam in the Late Eighteenth and Early Nineteenth Centuries: The Case of the Nguyen dalam Journal of Southeast Asian Studies 34, no. 3 (2003): halaman 519-534 tulisan Frederick Mantienne.

Mantienne berpendapat bahawa Kerajaan Vietnam (Dinasti Nguyen) menunjukkan minat yang besar terhadap teknologi ketenteraan. Kedahagaan ini mendorong dinasti ini menjalin hubungan dengan Barat.
 
Perancis cuba menjajah Vietnam dengan melancarkan serangan pertama pada 1847. Para pegawai Perancis melaporkan mengenai bala tentera Vietnam yang terdiri daripada lima kapal perang rekaan khas Eropah dan kapal perang tradisional atau jong. Antara 1858 dengan 1984, pegawai Perancis secara konsisten memaklumkan rasa kagum akan perkubuan Vietnam.

Walaupun akhirnya Vietnam jatuh ke tangan Perancis, caranya mengubah suai teknologi perang dari Eropah merupakan satu bidang kajian yang menarik.

Penjajah Perancis mendapati dalam kurang 12 tahun, Vietnam, yang dahulu difikirkan sebagai sebuah bangsa yang tidak mampu melakukan pelayaran jarak jauh, sudah dapat menguasai teknik asing.

Pembangunan Vietnam disahkan oleh pengunjung British yang melaporkan bahaya yang bakal terjadi jika kemajuan Vietnam dibiarkan sahaja. Ia akan memberi masalah kepada perdagangan laut British.

Mantienne menampilkan contoh cara orang Vietnam mempelajari teknologi Eropah: Kapal Eropah lama dibongkar dan dipotong menjadi bahagian yang berasingan. Para tukang Vietnam mempelajari pembuatan kapal Eropah.

Raja Vietnam juga mempelajari teknik bertukang dengan mempelajari teori pelayaran daripada buku-buku Perancis yang diterjemahkan.

Tetapi untuk kerajaan-kerajaan lain di Nusantara pada masa itu, mereka sudahpun dalam proses dijajah ataupun dikuasai secara tidak langsung oleh kuasa penjajah. Walaupun begitu, sebelum abad ini, bukti sejarah menunjukan bahawa raja- raja Melayu bukan dihanyut oleh ombak sebegitu malah dapat menguasainya untuk kepentingan dan matlamat sendiri.

Ini sangat terserlah dalam buku Dr Peter Borschberg yang berjudul “The Singapore and Melaka Straits: Violence, Security and Diplomacy in the 17th Century (Singapura dan Selat Melaka: Keganasan, Keselamatan dan Diplomasi dalam abad 17 Masihi).

Beliau menggunakan sumber Belanda, Jerman, Portugis dan Sepanyol pada zaman 1600-1700 yang menunjukkan bahawa kuasa-kuasa Eropah tersebut sudah lama bergiat cergas dalam teater politik, ketenteraan dan ekonomi dunia Melayu.

Singapura 300 tahun lalu merupakan sebahagian daripada rangkaian politik dan ekonomi kawasan Sungai Johor dan perdagangan jarak jauh di dalam Asia yang penting.

Kerajaan Johor yang berpusat di Batu Sawar (tidak jauh dari Kota Tinggi) menempatkan Singapura sebagai pusat penting.

Menurutnya, kuasa yang amat disegani pada masa itu bukanlah penjajah Barat, tetapi kerajaan Aceh yang pengaruhnya besar ke atas politik dan ekonomi kerajaankerajaan Melayu pesisir Selat Melaka sehinggalah Sungai Johor.

Membaca buku beliau memberi sebuah gambaran bahawa kuasa Eropah pada masa itu bukan hebat sangat. Portugis, walaupun sudah lama berada dalam rantau Melayu (selepas menakluk Melaka dalam tahun 1511), sebenarnya sudah lemah di Dunia Melayu dalam aspek ketenteraan. Untuk mengatasi kelemahannya, Portugis membina kekuatan diplomatik dan politik. Belanda dan Sepanyol juga menggunakan strategi yang sama. Sebenarnya kuasa-kuasa Barat terjebak dalam aktiviti politik raja-raja Melayu yang amat rumit kerana berebut kuasa dan takluk.

Buku Dr Borschberg ini menunjukkan bahawa pada abad ke-17, penjajah Eropah memerlukan sokongan raja-raja Melayu seperti Sultan Johor yang disifatkan sebagai seorang yang sangat terhormat dan disifatkan sebagai seorang yang sebanding dengan seorang raja Eropah.

Zaman telah bertukar Raja Melayu mana yang akan bertindak lagi seperti ini? []

Penulis adalah warga negara Singapura, mahasiswa program doktoral bidang sejarah University of Hawaii at Manoa (UHM), juga pengelola Moslem Society in Asia di UHM.



Baca juga:


Tidak ada komentar tentang berita ini.

Isi formulir berikut ini untuk memberi komentar, mencetak naskah, dan mengirimkan kepada teman.

 
 


Sekjen Kemenkumham Diperiksa Pekan Depan
Digaji Puluhan Juta, DPR Masih Suka Bolos Sidang