|
 |
|
|
 |
|
Sabtu, 31/07/10, 21:31 AKSI PONG Masuk G-20, Tapi Masih Ada yang Makan Nasi Aking |
|
Sabtu, 31/07/10, 19:46 Patrialis Ogah Kirim Hasil Kerja PPATK ke Lumpur |
|
Sabtu, 31/07/10, 19:35 Yusril Tak Mau Jadi Korban Peradilan Sesat |
|
Sabtu, 31/07/10, 19:24 BOM TABUNG GAS Menteri Sosial Baru Bisa Bantu 10 Orang |
|
Sabtu, 31/07/10, 19:23 AKSI PONG Tetangga DPR Juga Korban Ketidakadilan |
|
 |
|
|
|
|
|
Inilah Kisah tentang Senjata Api dan Hutan Belantara Melayu
Selasa, 23 Februari 2010, 09:36:35 WIB
Oleh: Moh. Effendy bin Abdul Hamid
NICHOLAS Tarling dalam bukunya, Cambridge History of Southeast Asia (1999), berpendapat orang Melayu sudah mengetahui dan faham penggunaan senjata api buat sekian lama.
Setelah Portugis menyerang dan menakluki Melaka, telah ditemui lebih 3.000 senjata api yang dipercayai diperbuat di Pegu (Burma) dan Ayuthia (Siam atau Thailand).
Menurut Tarling lagi, Asia Tenggara sudah tahu tentang senjata api sebelum abad ke-16. Kedatangan Eropah dan Turkey telah memperkasa keberkesanan senjata api.
Para raja Asia Tenggara telah berusaha membina persenjataan api. Mereka mengerahkan para cerdik pandai mereka supaya memperlajari prinsip membuat senjata api daripada manual asing dan juga menggunakan kemahiran orang luar untuk membuatnya.
Walaupun begitu, Tarling berpendapat bahawa perkembangan teknologi senjata Eropah amat pesat sehingga mengatasi ilmu dan persenjataan Asia.
Para raja rantau juga memanfaatkan tawanan Eropah untuk menghasilkan senjata api dan belerang untuk kerajaan mereka.
Tetapi ini tidak boleh dibuat dengan senang pada akhir abad ketujuh belas kerana pengetahuan senjata api menjadi semakin kompleks dan ilmu membuat bahan senjata api dimonopoli oleh Barat.
Ada kekurangan pada hujah Tarling iaitu walaupun orang Asia Tenggara tahu tentang kegunaan dan kekuatan senjata api, penggunaannya masih dibelenggu pemikiran tradisional.
Senjata api harus diintegrasikan ke dalam adat resam tempatan, kepercayaan dan amalan sesebuah kawasan. Jadi senjata api bak menambah kesaktian yang berkuasa.
Jadi dek alah teknologi, khususnya persenjataan api, Asia Tenggara dijajah Barat. Namun kisahnya tidak betul sepenuhnya.
Bagaimana dan cara teknologi perperangan Barat digunakan dan ditempatkan (localized) sangat penting untuk perfahaman kita tentang sejarah perperangan di Asia Tenggara. Walaupun teknologi perperangan dan penting sekali dalam medan perang ini bukan bermakna ini akan mendatangkan kejayaan.
Ini jelas sekali dalam perperangan Vietnam, lagi lagi dengan tentera komunis Vietnam Utara. Pengetahuan mereka tentang selok belok berperang dalam hutan memberikan sebuah kelebihan kepada mereka, tentera Vietnam Utara boleh memilih waktu dan bagaimana mereka menyerang musuh. Kelebihan ini adalah satu-satunya unsur penting dalam memahami bagaimana tentera Vietnam Utara mengalahkan dua kuasa berteknologi tinggi iaitu Perancis dan Amerika.
Ini mengingatkan saya dengan buku Michael Charney, Southeast Asian Warfare 1300-1900 (cetakan Brill, tahun 2004), sangat berguna kerana memberikan gambaran sejarah yang penting tentang kepentingan hutan dalam perang di Asia Tenggara.
Charney tidak setuju dengan tanggapan sejarawan Anthony Reid yang mencadangkan bahawa perang dalam zaman sebelum penjajahan Barat di Asia Tengggara tidak serupa amalan tentera Barat pada zaman yang sama. Menurut Reid, negara Eropah mempunyai askar profesional dan cekap dalam perang.
Lebih penting lagi, Charney tidak setuju bahawa orang Asia Tenggara lebih suka lari ke dalam hutan daripada mempertahankan diri dan kampung halaman mereka.
Menurut Charney, hutan bukan tempat berlindung saja. Sebaliknya, ia menjadi faktor penting dalam perancangan cara berperang di Asia Tenggara. Misalnya, ia menentukan pergerakan tentera, logistik dan kuasa raja yang boleh mengerah penebangan hutan bagi membuka negeri atau memudahkan perjalanan sesebuah pasukan tentera.
Jadi apa yang boleh dirumuskan adalah hutan mengimbangkan kuasa. Kuasa yang kuat dan menggunakan teknologi perperangan tinggi dinetralisasi (neutralized) apabila mereka berperang dengan kuasa yang tahu selok-belok berperangan dalam hutan.
Tetapi walupun begitu contoh perperangan antara tentera bersekutu dengan tentera Komunis menunjukan satu yang bercanggah. Walaupun tentera komunis Malayan Communist Party (MCP) berperang dalam hutan menggunakan taktik guerilla, mereka kalah akhirnya kerana sikit sangat sokongan dari rakyat jelata.
Hakikat ini mesti difikirkan dengan mendalam lagi. []
Penulis adalah warga negara Singapura, mahasiswa program doktoral bidang sejarah University of Hawaii at Manoa (UHM), juga pengelola Moslem Society in Asia di UHM.
Baca juga: Tidak ada komentar tentang berita ini.
Isi formulir berikut ini untuk memberi komentar, mencetak naskah, dan mengirimkan kepada teman.
|
|
|
|
|
|