HOME | E-PAPER RAKYAT MERDEKA | NUSANTARA | INTERNASIONAL | RMBLITZ | RMEXPOSE | TENTANG KAMI | INDEKS
Jumat, 30/07/10, 18:50
BOM TABUNG GAS
JK: Jangan Salahkan Konversinya
Jumat, 30/07/10, 18:26
Demokrat: Ibas Bolos karena Tugas Partai
Jumat, 30/07/10, 18:22
REKENING GENDUT POLRI
Polri Tantang Denny Indrayana
Jumat, 30/07/10, 18:14
Tak Diakomodir Badrul Kamal, Arus Bawah Demokrat Hengkang ke Kubu Yuyun
Jumat, 30/07/10, 18:13
Ada Alasan Tepat Meminta SBY Insaf Sebelum Terlambat
Menurut Anda, bagaimana proses pemilihan Gubernur BI Darmin Nasution sejak dari uji kepatutan dan kelayakan di Komisi XI sampai pada Rapat Paripurna DPR?
Elegan
Tidak elegan
Ragu-ragu
  Polling Yang Lalu
  Jusuf Kalla, Ogah Terjun Ke Politik Pemilu 2014 Lebih Penting Mengurusi Sosial
  Proyek BKT Amburadul, Jiwa Warga Terancam
  Harga Beras Naik Ibu Rumah Tangga Panik
  Festival Indonesia 2010 Digelar Di Kota Plzen, Ceko
  Wapres Boediono Masukkan ke Hati Berita Rakyat Merdeka
Antara Singapura dan Cita-cita Penjajah

Siapa yang Berani Menyerang Singapura?
Selasa, 08 Desember 2009, 07:05:40 WIB


Oleh: Moh. Effendy bin Abdul Hamid

SAYA baru terbaca bahawa Para pilot dan kru dari Singapura jet pejuang terbaru, F-15SG, akan mempunyai latihan mereka yang berpusat di Tentera Udara AS (USAF) Mountain Home Air Force Base (MHAFB) di Idaho, Amerika Syarikat.

Mengikut Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Teo Chee Hean, kapalterbang F-15SG merupakan kemampuan baru yang akan meningkatkan keupayaan SAF untuk menghadapi cabaran tegas dengan keselamatan dan memberikan sumbangan bagi keamanan dan kestabilan wilayah Singapura. Sementara di Amerika, para pilot akan berpartisipasi dalam latihan USAF untuk mengasah kemampuan profesional mereka dan meningkatkan kesiapan bertempur mereka. Mengikutnya lagi, Pegawai tinggi di Amerika "telah menyediakan realistik, ketat dan menuntut latihan kepada juruterbang kami untuk membangun kesiapan tempur mereka.

Saya membaca apa yang dikatakanya lagi dengan prihatin, "Pelatihan SAF (Singapore Armed Forces) telah mampu dilakukan di Amerika Syarikat, dan sokongan yang tak ternilai dan bantuan yang diberikan oleh Pemerintah Amerika dan tentera Amerika, mencerminkan hubungan kuat kedua negara kita nikmati.

Ini adalah hubungan yang didasarkan pada kesamaan perspektif strategik dan kepentingan umum. Kedudukan Singapura selalu mengatakan bahawa kehadiran Amerika Syarikat di rantau Asia-Pasifik adalah penting bagi kelanjutan keamanan dan keselamatan," tambahnya.

Singapura ada 12 kapal terbang F-15 dan mengikut sumber, sebuah kapal terbang ini berharga $27.9 million USD.

Singapura juga membeli kereta kebal atau “tank” yang tercanggih daripada Jerman. Nampaknya, persediaan singapura mempertahankan wilayahnya sangat bergantung kepada senjata yang tercanggih dan berteknologi tinggi.

Jadi ada siapa yang berani menyerang Singapura? Saya berfikir sebentar, mana yang lebih penting? Senjata canggih atau orang yang menggunakannya? Pedang yang tertajam tidak akan menjadi berguna kalau orang yang memegangnya tidak tahu menggunakanya dalam pertempuran.

Masalahnya adalah pengalaman. Singapura belum pernah bertempur dalam apa medan perperangan dan apakah ini mencerminkan keupayaan Jeneral-jeneralnya? Membeli sangat banyak senjata yang mahal dan berteknologi tinggi itu bagus tapi boleh juga menunjukkan yang Singapura untuk menebus kekurangan pengalamanya, mendapatkan senjata senjata seperti itu.

Hal ini mengingatkan saya tentang makalah Merle Pribbenow, A Tale of Five Generals: Vietnam's Invasion of Cambodia, dalam The Journal of Military History, Vol. 70, No. 2 (April, 2006), halaman 459 hingga 486.

Matlamat utama makalah itu adalah untuk memahami motif serangan menurut pandangan ketenteraan Vietnam. Hal ini jarang dibincangkan kerana terdapat tanggapan luas bahawa Vietnam pada awalnya merancang untuk mengambil hanya bahagian Kemboja di sebelah timur Sungai Mekong sahaja.

Hanya selepas kegagalan tentera KR dan Pol Pot melarikan diri meninggalkan Phnom Penh, maka tentera Vietnam memutuskan untuk bergerak menguasai seluruh Kampuchea (kini disebut kembali dengan nama lamanya, Kemboja).

Tetapi peninjauan sumber-sumber baru Vietnam mendedahkan bahawa serangan Vietnam telah direncanakan dari awal dan lebih penting lagi dilaksanakan oleh beberapa jeneral Vietnam yang terbaik dan paling berpengalaman dalam pertempuran itu seperti Le Duc Anh, Le Trong Tan, Nguyen Huu An dan Kim Tuan, hujah Pribbenow. Mereka terlibat dalam perperangan dengan Perancis dan Amerika.

Pribbenow mengatakan bahawa panglima paling berpengalaman ialah Jeneral Le Trong Tan yang merancang serangan ke atas tentera Khmer Rouge.

Jeneral Le ialah veteran perang melawan Perancis. Beliau telah bertempur di medan Dien Bien Phu, perang yang menyaksikan kekalahan tentera Perancis dalam Perang Indochina.

Jeneral Le juga bertempur dengan tentera Amerika sehingga membawa kemenangan Vietnam Utara atas Vietnam Selatan.

Saya membaca cara Jeneral Le dan sekutunya merancang serangan. Semangat tentera KR dapat dipatahkan dengan senang sekali. Tentera Khmer Rouge terpaksa berundur setiap kali tentera Vietnam.

Tentera KR terperanjat dan hairan dengan ketangkasan tentera Vietnam yang lebih berpengalaman dan lengkap bersenjata daripada peninggalan tentera Amerika dan sokongan Soviet Union.

Pasukan Khmer Rouge terkepung dan tanpa sumber bekalan. Mereka telah melarikan diri ke perbukitan dan hutan di Kampot, Kompong Speu, Kompong Chhnang dan Pursat. Khmer Rouge tidak boleh menandingi kekuatan tentera Vietnam yang menggunakan kereta kebal, meriam berat dan memang pengalaman.

Kembali ke Singapura: Tidak berpengalaman dalam pertempuran tapi mempunyai senjata yang paling mahal dan effective. Ada siapa yang mahu menyerang?

Penulis adalah warga negara Singapura, mahasiswa program doktoral bidang sejarah University of Hawaii at Manoa (UHM), juga pengelola Moslem Society in Asia di UHM.



Baca juga:


Ada 1 komentar tentang berita ini :

Posisi Singapore di Asia Tenggara mirip dengan posisi Israel di Timur Tengah
Jumat, 18 Desember 2009, 17:48:01 WIB
Komentator: desky
Sulit dibantah bahwa keberadaan negara Singapore di Asia Tenggara mirip dengan posisi Israel di Timur Tengah. Sebagai kaki tangan Amerika di Asia Tenggara Singapore tentu dilengkapai dengan senjata-senjata yang canggih dan tentara yang terlaltih, bahkan berdasarkan laporan intelijen tentara Singapore sendiri dilatih oleh tentera Israel. Namun demikian, hendaknya Singapore jangan terlalu congkak dan sombong kepada negara-negara tetangganya yang penduduknya jauh lebih besar. Sebab meskipun Singapore merasa hebat dengan senjatanya, jangan lupa sebenarnya Singapore mempunyai ketergantungan sangat besar kepada negara-negara tetangganya seperti sumber air bersih, wisatawan, perdagangan, investasi dan lain-lain. Jadi gak usah repot memerangi Singapore dengan senjata, tutup saja sumber air bersih baik dari Indonesia maupun dari Malaysia Singapore pasti akan repot apalagi kalau kompak warga Indonesia dan Malaysia juga dilarang berwisata ke Singapore misalnya, ekonomi Singapore pasti akan terpengaruh.Buktinya, beberapa waktu yang lalu Indonesia pernah melarang ekspor pasir ke Singapore, akibatnya usaha real estate sangat terguncang di sana.

Isi formulir berikut ini untuk memberi komentar, mencetak naskah, dan mengirimkan kepada teman.

 
 


Sekjen Kemenkumham Diperiksa Pekan Depan
Digaji Puluhan Juta, DPR Masih Suka Bolos Sidang